07 April, 2018

Renew Insuran Dan Roadtax Kereta Dari Rumah


Saya ni pemalas! Hahaha! Hinggakan urusan penting seperti memperbaharui insuran dan roadtax kereta pun saya bertangguh dan akhirnya terlupa. Roadtax kereta pun dah mati, nak keluar risau jugak nanti kena tahan dengan polis jadi terus pergi ke Internet mencari servis renew insuran dan roadtax yang boleh dipercayai.

Ini kali pertama saya cuba memperbaharui insuran dan roadtax kereta secara atas talian (ke dalam talian?). Kalau beli barangan online dari Lazada ke Amazon ke laju je tanpa was-was. Jadi agak lama jugak lah saya mempertimbangkannya.

Google punya Google, akhirnya saya terjumpa satu website yang menawarkan perkhidmatan penuh renew roadtax dan insuran. Website ni diberi nama RoadTaxPantas.com

Harga roadtax dan insuran

Sebelum saya membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat RoadTax Pantas ni tadi, saya usha dulu kalau-kalau ada artikel/blog yang dah menulis mengenainya. Ada banyak juga dan kesemuanya respon yang baik-baik sahaja jadi saya yakinkan diri menghubungi wakil daripada Roadtax Pantas.

Sila lihat screenshot perbualan saya dengan wakil Roadtax Pantas iaitu Encik Amar Qhuszaireen. (klik untuk ZOOM)


Beberapa info saya gelapkan untuk menjaga privacy.

Encik Qhuszaireen telah memberikan sebutharga percuma dengan pantas (hence their name) setelah diberikan maklumat yang diperlukan dan saya hanya perlu memilih untuk membuat pembayaran melalui Maybank2u, CimbClick ataupun RHB Bank.

Setelah pembayaran dibuat, seperti yang dijanjikan - saya telah menerima gambar roadtax dan insuran saya yang telah diperbaharui pada hari yang sama juga. RoadTax Pantas Ohsem!

Pengurusan dan penghantaran dibuat di ibupejabat mereka di Ipoh, Perak. Oh ya, RoadtaxPantas.com ini dimiliki oleh Prinsip Mutiara (M) Sdn Bhd.

Penghantaran juga dibuat oleh POSLAJU jadi anda boleh periksa status parcel anda dengan menggunakan pautan POSLAJU Track & Trace ini.

Insuran dan Roadtax saya sampai 2 hari kemudian -

Testimoni pelanggan RoadTax Pantas

Sekarang saya sudah boleh memandu lagi tanpa perlu risau sangkut roadblock :)

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan khidmat RoadTax Pantas ini iaitu:

1) RoadTax Pantas tidak dapat membantu jika roadtax kereta anda telah mati melebihi tempoh setahun.
2) Kalau owner kereta dah meninggal lebih 3 tahun pun tak boleh.
3) Untuk motosikal pula - WAJIB disertakan sekali dengan geran @ polisi insuran lama.

Dibawah pula saya sertakan sekali FAQ atau persoalan yang selalu diajukan bakal pelanggan (dikopipes daripada website RoadTaxPantas.com:

SOALAN - Jika perlu beli insuran, apakah perlindungan yang terbaik?
JAWAPAN - Terdapat 2 jenis insuran perlindungan bagi kenderaan anda iaitu Comprehensive dan Third-Party. Perlindungan yang terbaik adalah Comprehensive yang melindungi kerugian bagi kenderaan anda ataupun yang di-langgar oleh anda semasa kemalangan manakala Third-Party pula adalah perlindungan bagi kenderaan yang dilanggar oleh pihak anda.

Seringkali kami nasihatkan bagi pelanggan kami insuran Comprehensive adalah satu kemestian. Namun terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan anda tidak layak mengambil insuran Comprehensive.

SOALAN - Kalau ada saman boleh renew ke?
JAWAPAN - Didalam pembaharuan cukai kenderaan (Roadtax) terdapat dua elemen penting yang pertama adalah Pihak Insuran dan kedua Cukai Kenderaan. Bagi memperbaharui insuran ia tidak terlibat dalam mana-mana badan penguatkuasa (JPJ atau Polis) oleh itu tidak ada masalah dalam pembaharuan insuran walaupun mempunyai saman.

Manakala bagi pembaharuan Roadtax pula jika terdapat saman anda perlu membayar saman terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk memperbaharui cukai kenderaan (Roadtax) anda atas sebab ia terlibat secara langsung dengan badan penguatkuasa tersebut.

SOALAN - Insuran takaful islamic ada tak?
JAWAPAN - Yer kami menyediakan insuran takaful dari "Etiqa Takaful" tiada masalah bagi mereka yang mementingkan prinsip syariah. Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda.

Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insuran yang terlibat.

SOALAN - Kalau Roadtax dah mati setahun nak buat camner?
JAWAPAN - Semadikanlah di tanah perkuburan....hehe...gurau!
JAWAPAN SEBENAR - Jika anda mempunyai masalah tidak renew roadtax setahun. Anda perlu menjalani pemeriksaan semula di Puspakom bagi pemeriksaan semula kondisi kenderaan sama ada boleh digunakan di jalan raya atau tidak. Adalah lebih baik untuk memperbaharui insuran dan roadtax setiap tahun walaupun tidak digunakan kerana urusan Puspakom mengambil masa yang agak lama dan proses yang agak leceh dan teknikal.

PENAMBAHAN MENGENAI ROADTAX TAMAT TEMPOH - Menteri pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) telah mengumumkan program "pemutihan" bagi kenderaan yang telah tamat tempoh roadtaxnya tidak melebihi TIGA TAHUN dan program ini akan berlanjutan selama 3 bulan bermula daripada bulan March 2018.

Yang menariknya program "pemutihan kenderaan" ini, pemilik kenderaan TIDAK perlu pergi ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan, cukup sekadar pemilik memperbaharui insuran kemudian boleh pergi menghadap JPJ untuk memperbaharui roadtax. - Sumber Berita

Konklusi - Saya adalah pelanggan RoadTax Pantas yang sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Bukan sahaja pantas, tetapi juga mudah dan wakil Roadtax Pantas menjawab segala pertanyaan saya dengan professional dan mesra.

Oleh itu, jika anda juga ingin memperbaharui insuran dan roadtax dari rumah, saya alu-alukan untuk mendapatkan servis daripada RoadTax Pantas dan hanya dengan satu klik di imej dibawah - anda akan berhubung terus dengan wakil RoadTaxPantas.com

Renew roadtax moto


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.