27 September, 2018

Cara Periksa iPhone Palsu Atau Asli


Anda terbeli iPhone terpakai melalui Mudah? Carousell? Lelong? tapi tidak pasti sama ada iPhone yang anda beli tersebut adalah original (asli) ataupun tiruan? Senang saja cara memeriksanya.

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai iPhone, salah satunya ialah ianya berfungsi dengan menggunakan sistemnya sendiri iaitu APPLE OS, tidak seperti ANDROID yang menjadi sistem yang boleh didapati dalam majoriti pengeluar telefon mudah alih.

Jika iPhone yang anda beli tadi menggunakan sistem ANDROID, sah lah anda telah ditipu kerana iPhone tersebut adalah iPhone ciplak...bolehlah hubungi si penjual tadi dan berikan sedas-dua amarah anda.


iPhone palsu atau tulen

Dengan memastikan iPhone tadi berfungsi dengan APPLE OS adalah langkah pertama tetapi ada juga iPhone palsu yang menggunakan sistem yang sama seakan APPLE OS asli - jadi bagaimana kita hendak memeriksa ketulenan iPhone ini?

Setiap unit iPhone yang dikeluarkan oleh APPLE mempunyai nombor siri nya sendiri dan data ini disimpan oleh APPLE untuk tujuan keselamatan. Tidak akan ada dua iPhone yang mempunyai nombor siri yang sama.

Jadi untuk memastikan iPhone yang anda beli tadi adalah yang tulen, anda cuma perlu ikut langkah yang dibawah:

Masuk kedalam menu iPhone anda dan ikut turutan ini: SETTING - GENERAL - ABOUT

Setelah anda dalam "ABOUT", sila salin nombor siri yang terpapar dibahagian "Serial Number", nombor siri ini adalah campuran angka dan huruf.

Kemudian anda pergi ke website rasmi APPLE ini dan masukkan nombor siri iPhone anda, masukkan kod keselamatan yang dibawahnya kemudian klik "Continue"

Jika iPhone anda tulen, imej henset anda akan dipaparkan berserta dengan informasi warantinya. Lega lah!

Sebaiknya, setiap kali anda mahu membeli handphone terpakai - terutamanya iPhone - adalah disarankan supaya anda meminta terlebih dahulu nombor siri ini tadi untuk diperiksa. Beringat sebelum terkena!


Atas Talian tidak bertanggungjawab keatas komen-komen yang berbaur perkauman, buli atau apa saja yang boleh menyinggung perasaan individu lain. Komenlah dengan hati dan minda yang terbuka tanpa perlu membuat provokasi. Terima kasih diatas lawatan anda, semoga penulisan bermanfaat.